Telefon eTouch :Touchberry Series, asal "berry" sudah...


Assalamualaikum...


Ini merupakan "handset phone" yang ke lima dalam sejarah hidup saya, menggunakan alatan elektronik ini. HP saya sebelum yang di atas ini ialah Nokia 1110 sesekali mengalami masalah kegagalan "membaca" kad sim. Jika dihantar ke kedai baiki hp pun, rasanya kos baikpulih mungkin hampir akan dapat membeli sebuah telefon baru.  Harga pasaran "telefon tangan" untuk kategori baru, yang paling murah setakat yang pernah saya jumpa ialah RM68.00.

HP di atas ini yang menggunakan jenama eTouch (bukan skrin sesentuh ye...) dihasilkan oleh Wireless Solution Limited (sebuah syarikat Malaysia yang pernah menjadi syarikat sokongan Samsung, seperti yang diceritakan oleh jurujual berkenaan) serta diedarkan oleh Matrix Calibre Sdn Bhd yang beralamat di Subang Jaya, Selangor.  HP yang saya beli ini merupakan model terbaru iaitu 212 Pro, dengan jalur kuning disekelilingnya.

Bagi pandangan saya setelah dua minggu menggunakannya (dah dua kali terjatuh dalam hari yang sama baru-baru ini), telefon siri "Touchberry" ini adalah sebuah telefon yang "compact", comel dan rekaannya menarik, setanding juga dengan saudara mara "berry" yang lain dengan disertakan kekunci "QWERTY ".  Paling best baterinya menggunakan bateri standart Nokia, malah selain dari charger nya yang asal, kita boleh guna charger Nokia juga.  Charger asal hp ni boleh juga mendapatkan bekalan elektrik dari port usb di komputer.

Ciri-ciri eTouch 212 Pro adalah seperti berikut :
  1. Dual SIM dual standby
  2. Dual band 900/1800
  3. Stereo earphone
  4. Hand free
  5. MP3/MP4 Playback
  6. FM Radio
  7. Audioa Recorder
  8. BL-5k battery compatible
  9. Memory Card
Lama juga saya duduk di kedai tu memikirkan hp mana yang patut dibeli kerana berlakunya "perang harga dan perang fungsi" yang ditawarkan oleh beberapa model, dah la tu bajet yang tak seberapa...  Akhirnya saya membeli model di atas setelah memikirkan bahawa hp ini boleh menggunakan kad memori, dua kad sim yang boleh dipasang dan digunakan serentak, rupa macam keluarga berry yang lain serta paling mustahak, bajet yang bersesuaian. "Asal nampak macam blackberry sudah...."

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan