Jozan memperlawakkan sejarah keagungan bangsa Melayu (video disertakan)

 
Tahniah pada kumpulan Jozan yang memenangi tempat ke dua Maharaja Lawak 2011

Assalamualaikum...

"Musuh-musuh" Melayu sudah lama mempersendakan dan menegelakkan orang Melayu atas setiap perlakuan orang-orang Melayu yang membuat perkara bodoh yang memalukan bangsa sendiri.

Yang paling utama dengki ialah sesama bangsa, yang merosakkan Melayu bangsa sendiri dan yang memfitnah orang Melayu paling banyak dari kalangan Melayu juga.  Di mana nilai sejarah orang Melayu yang patut dijadikan pengajaran untuk generasi kemudiannya menjadikannya sebagai pendorong bagi memperkasakan orang Melayu.  Sanggup gelakkan dan memperlekehkan bangsa sendiri?.

Contoh terbaik ialah dalam perhimpunan agung sebuah parti politik beberapa tahun sudah, semasa Tun Dr. Mahathir membaca rangkap sajak "dulu bangsanya haprak..".  Masa itu satu dewan gelak sakan...  Bila orang lain kata bangsa Melayu "haprak", yang gelak dalam dewan tu siapa, bangsa apa...?.  Pernah keluar tv beberapa kali sebelum rakaman video berkenaan ditarik semula dari siaran.  Dan kali ini, sejarah berulang lagi...  Di sini tidaklah saya kata elemen sejarah tidak boleh digunakan untuk melawak, namun ianya perlu ditangani dengan sewajarnya agar kita tidak dilihat mempersendakan bangsa sendiri.

Ada yang mengatakan ianya sekadar lawak dan Jozan ada beri nasihat, namun "matlamat tidak menghalalkan cara".  Cuba kita renung dan fahamkan dengan teliti, apakah kesudahannya pada persembahan kumpulan Jozan yang dimaksudkan itu?  Adakah si pencuri itu insaf setelah diberi nasihat oleh "Hang Tuah"?.  Lagi nak dijual dengan bingkai gambar dan Hang Tuah sekali adalah...

Hang Tuah lakonan Johan pun siap kata "jangan beritahu Hang Jebat" apabila dengar "cerita" juta-juta ringgit.  Kerana duit orang Melayu semakin tamak, ada yang sanggup memfitnah bangsa sendiri.  Ini permasalahan halus dalam lawak, masalah besarpun ada orang kita yang buat tak tahu je...  Tiada masalah bagi yang "akal panjang".  Mereka boleh memahami dan menapis baik atau buruk perkara yang ditonton.  Tetapi bagaimana pula dengan mereka yang mempunyai corak pemikiran yang masih "muda" ataupun yang tak faham maksud tersirat?.  Biarkan sahaja ke mereka dengan tanggapan yang salah?

PERHATIAN
Saya menerbitkan artikel ini sekadar berkongsi pemikiran dan pengetahuan saya pada yang sudi membacanya dengan fikiran yang terbuka.  Saya tolong anda semua berfikir di sisi atau sudut corak pemikiran yang berbeza.

Video persembahan kumpulan Jozan

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan