TV3 mohon maaf - iklan merosakkan kesucian Islam


Akhirnya setelah bertimbun-timbun kritikan dan kutukan yang diterima pihak TV3 atas keprihatinan masyarakat berkenaan iklan lebaran yang mengandungi unsur-unsur yang bercampur aduk dengan imej agama lain pada perayaan suci umat Umat lslam (dah macam ais batu campur & rojak pesemboq).  Semata-mata nak tunjukkan "1Malaysia", sanggup melacurkan kesucian Islam dalam pengiklanan.

Ada yang menganggap ini hal kecil tetapi hal kecil yang mempunyai kesan yang besar seperti inilah yang digunakan musuh Islam secara halus bagi merendah-rendah dan menghina Islam.  Ia juga dapat merosakkan pemikiran kanak-kanak Islam dan mereka yang cetek pengetahuan agamanya.  Lihat sahaja filem-filem barat dan dari China / Hong Kong (hanya sebilangan sebagai contoh), pasti ada sebabak dua yang menghina Islam secara halus dan tidak disedari oleh penonton yang tidak menafsir dengan teliti apa yang mereka tonton itu.

Kreatif tak salah tapi cara dan pengisian iklan tersebut yang menjadi kemudaratan pada agama Islam.  Jangan disalahkan mereka yang memberi teguran walau apapun niat mereka kerana teguran mereka kena pada tempatnya, bak kata orang Jawa " The right plase in the right time...".  Walaupun mungkin yang menegur tu kurang bersolat ataupun buat perkara lain yang tidak mendatangkan pahala, namun sekurang-kurangnya mereka ini telah membuat kebaikkan yang berpanjangan kesannya. Jangan jadikan ia sebagai halangan untuk memberi teguran yang sepatutnya.

Sepatutnya pihak stesyen penyiaran ada bahagian yang diwujudkan untuk menapis iklan-iklan yang diterbitkan bagi mengelakkan kesalahan seumpama ini.  Di mana peranan FINAS dalam isu penapisan iklan dan filem? Apakah kali ini ada pengecualian khas atau TV3 sendiri lupa nak hantar sample iklan pada FINAS? JAKIM juga perlu diberi peranan yang lebih dalam isu penapisan iklan dan filem di Malaysia.

"1Malaysia, Islam didahulukan, Keimanan diutamakan"

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan