Tarik iklan sebab bantahan, bukan kerana kesedaran memelihara kesucian Islam


Kalau diikutkan isu ini sudah selesai dengan penarikkan semula iklan yang mencemar kemuliaan agama Islam dan permohonan maaf secara terbuka telahpun dibuat.  Namun apabila difikirkan semula, yang memohon maaf secara terbuka itu bukan dari orang yang bertanggungjawab membikin iklan dan meluluskan iklan tersebut tetapi ia cuba dibacakan oleh pembaca berita yang naif.  Dari awal lagi sebelum pembikinan iklan tersebut, hal seperti ini tidak boleh terjadi kerana "kepala" di TV3 dan Media Prima dikuasai oleh orang beragama Islam.

Iklan ini diterbitkan oleh pengarah kreatif yang bernama Douglas Khoo Hong Seng dengan kos penerbitan RM200,000 dan banyak menggunakan teknik janaan pengimejan komputer (CGI).

Sementara itu, Douglas ketika dihubungi mengenai iklan daripada idea kreatifnya itu akur dengan apa juga keputusan pihak TV3. Beliau cuba melahirkan sesuatu yang menarik sesuai dengan tema kali ini iaitu Sinari Lebaran dengan menggambarkan keriangan kanak-kanak.

"Semasa membuat iklan ini, apa yang saya fikir hanyalah untuk melahirkan Melayu milenium dan tidak pernah terlintas untuk menyinggung perasaan orang Islam.

"Saya cuma mahu gambarkan impian dan keriangan kanak-kanak itu dengan beca ajaibnya untuk mencapai apa yang difikirkan kerana saya rasa ia cantik dan sesuai".

Anda fikirkanlah maklumbalas yang dibuat olehnya.  Apakah yang dia maksudkan tentang "Melayu millenium"?  Apakah yang dia tahu tentang kumuliaan ajaran suci agama ISLAM?  Ini membuktikan bahawa Kementerian Penerangan dan Jabatan Agama Islam tidak menghantar wakil untuk memantau atau menapis iklan yang dibuat sebelum disiarkan? Adakah bermakna TV3 menyiarkan iklan tanpa kelulusan Kementerian Penerangan?.  Kalau nak buat iklan hanya sebab nak nampak menarik dan kreatif, kenapa masukkan unsur-unsur agama lain dalam perayaan umat Islam?. Kenapa tulisan jawi atau arab di dalam buku dalam iklan itu terbalik? Kenapa ada awan yang menyalib pada menara masjid? Kenapa titik-titik air boleh mewujudkan lambang Zionis? Kenapa ada api pelita dalam bunga teratai? Bukankah itu semua adalah unsur mewakili dakwah agama lain? Semuanya kebetulan? 

Pengarah kreatif yang berbangsa Cina itu adalah bukan seorang Islam yang tahu kemuliaan dan kesucian Islam, jadi kenapa dia nak buat sesuatu tentang Islam tanpa minta bantuan serta pendapat dari orang Islam sendiri yang berkelayakkan memberi nasihat dalam proses pembikinan iklan tersebut.  Nampaknya beliau memandai-mandai  sahaja buat iklan ikut sedap akal pendeknya tanpa mengambil kira sensitiviti umat Islam.  sudah tiada lagi orang Islam yang mampu buat iklan untuk TV3 ke? (iklan untuk orang Islam)

Hal seperti ini berlaku kerana orang Islam sendiri tidak cuba berdakwah kepada orang kafir.  Ada pemimpin politik yang cuba menjauhkan orang kafir yang cuba mengenali dan mendekati ajaran Islam kerana jika orang kafir telah mengenali dan mendalami ajaran Islam, strategi politik dan kelangsungan hayat politik mereka akan tergugat.  Mereka ini ada agenda tersirat disebalik pelbagai slogan yang diperkenalkan.  Mereka seolah-olah masih mengamalkan dasar "pecah perintah".  Unsur-unsur seperti inilah yang wajib kita semua bersatu membersihkannya dari negara kita.

10 tahun kebelakangan ini, dilihat orang bukan Islam (yang tertentu) dilihat telah mula tertarik untuk mengenali Islam yang sebenar.  Kebanyakkan mereka ketika berucap ada merujuk kepada nasihat dari tuan guru mahupun ustaz-ustaz yang berkemampuan untuk memberi nasihat berkenaan isu semasa yang ada kaitan dengan ajaran Islam.  Mereka juga sudah menghafal beberapa istilah atau perkataan dalam Islam.   Jika dibandingkan dengan "puak" yang satu lagi, mereka cuma mahu meneruskan hayat politik masing-masing dan tidak ikhlas berkawan dengan kita.

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan