Menjelang bulan ramadhan


Assalamualaikum...

Setiap tahun kita akan sama-sama menyambut kehadiran ramadhan al-mubarak dengan penuh rasa tawaduk dan syukur kehadrat Ilahi kerana masih diberi kesempatan untuk sama-sama merebut peluang bulan yang penuh keberkatan ini. Seperti mana bulan-bulan yang lain dalam Islam, ramadhan menjanjikan ruang dan peluang kepada kita untuk meraih sebanyak mungkin pahala dan ganjaran Allah yang datang setahun sekali. Jika diukur dan dinilai sebab mengapa Allah memberikan peluang di bulan ramadhan untuk kita beribadah sudah pastilah tidak mampu untuk menjawabnya. Hanya Allah yang maha mengetahui. Cuma yang pasti hikmah dan rahsia disebaliknya akan ada jika kita mengenali apakah itu ramadhan, rahsia disebalik amalan yang mulia ini.

Sudah pastilah sebagai manusia biasa kita tidak dapat lari daripada melakukan dosa dengan Allah walaupun tanpa disedari. juga mengetuk pintu hati kita untuk sentiasa segar dengan penyucian jiwa. Firman Allah dalam surah al-syams ayat 7-10 ’’Dan jiwa serta penyempurnaan (ciptaan-Nya), maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketaqwaannya. Sungguh beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu dan merugilah orang yang mengotorinya." Penyucian ertinya daripada dosa dan noda sepanjang tahun. Sudah pastilah sebagai manusia biasa kita tidak dapat lari daripada melakukan dosa dengan Allah walaupun tanpa disedari.

Persoalan yang mungkin harus kita teliti di sini adalah apakah kita merasai kita melakukan dosa? Atau jiwa kita masih terpesona dengan jawatan dalam politik, mengambil hak orang lain dan menyebarkan fitnah pada seteru politik..?. Adakah sebagai pemerintah sebuah negara Islam, anda telah menegakkan serta menggunakan hukum Allah S.W.T. Sama ada anda adalah pemerintah tertinggi negara mahupun sebagai ketua keluarga, ianya adalah tanggungjawab yang besar untuk menyuburkan Islam di hati masyarakat, sekat yang haram tinggalkan yang lagha.

Sebab itu amalan yang baik dalam konteks ramadhan seperti membaca Al-Quran, melakukan sedekah adalah antara dua amal soleh yang secara ruhaniyahnya mampu untuk menghancurkan dosa-dosa kecil kita dengan Allah. Jangan sekali-kali kita merasa mudah dengan persoalan akhirat dalam hal ini. Dosa kita dengan Allah tidak mampu kita tangani jika kita mempunyai hati yang keras seperti batu. Untuk melembutkan hati , maka amalan-amalan kerohanian adalah makanan yang paling benar untuk kejalan itu. Al-Quran sendiri boleh menjadi ubat untuk melembutkan hati.

Harus diingat bahawa walau berapa kali ramadhan ( bulan puasa ) tiba, negara kita masih lagi tidak mengaplikasikan amalan berkaitan dalam pemerintahan. Sering kali diingatkan tentang pembaziran di bulan puasa, namun di dalam pemerintahan negara juga berlakunya penbaziran sumber ekonomi dengan perlaksanaan pembangunan yang hanya menguntungkan sesuku pihak sahaja.  Negara akan muflis bukan kerana subsidi kepada barangan keperluan rakyat, sebaliknya ketirisan dalam perbelanjaan kewangan negara oelh pemerintah.

Semakin hari semakin banyak berita yang kita dengar tentang masalah dalam masyarakat kita. Jangan hanya sibuk memfitnah orang lain yang berlainan fahaman politik dan menjaja tema-tema tertentu dalam pemerintahan sedangkan apa yang dilakukan itu secara perlahan-lahan menyusahkan hidup rakyat di negara ini.  Diharapkan dalam bulan puasa ini, rakyat mulai sedar akan masalah negara yang diselindungkan dengan pelbagai tema serta lagu dan "wayang kulit.  Jadikan bulan puasa yang akan tiba sebagai permulaan untuk kembali ke ajaran Islam yang sebenar, yang berpanduan kepada Al Quran dan Hadis.

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan