Peralihan jenis muzik mengikut zaman, ManBai Gersang tak boleh terima

Saya menonton rancangan "Fenomena Seni" yang disiarkan di tv1 kerana tajuknya yang menarik minat saya iaitu berkisarkan tentang kumpulan-kumpulan muzik era tahun 80-an. Salah seorang panel jemputan ialah ManBai, yang pernah menjadi vokalis kumpulan Gersang.

Namun, apa yang mematikan "mood" saya untuk terus menonton rancangan tersebut ialah ManBai mengatakan sesuatu yang menunjukkan dia tidak boleh menerima kehadiran "trio" yang membawa muzik baru di Malaysia iaitu kumpulan muzik yang membawa rentak muzik rap  ( muzik rentak baru selepas rock ) .  ManBai mengatakan bahawa, "kita makan belacan, kenapa nak dengar muzik / lagu itu".  Dia seolah-olah mengatakan muzik baru yang dibawa oleh trio berkenaan menenggelamkan muzik rock.  Dengan erti kata lain, muzik baru iaitu rap bukan budaya Melayu.   Ingin saya bertanya, muzik berentak rock itu berasal dari budaya Melayu kah? Berapa peratus darah Melayu yang mengalir dalam tubuh anda? Muka anda sendiri adakah menyerupai orang Melayu?

Sebelum ketibaan budaya muzik rentak rock, rentak lagu Melayu asli, seperti dondang sayang, zapin serta yang sezaman dengannya telah menguasai dunia hiburan kita pada masa itu.  Namun, apabila tibanya budaya lagu rock, adakah artis ataupun penyanyi lagu-lagu Melayu asli itu mengeluarkan kata-kata marah secara terbuka berkenaan lagu rock? Adakah mereka yang veteran itu tidak boleh menerima hakikat yang lagu rentak rock telah menenggelamkan lagu-lagu Melayu asli? Adakah mereka marah dengan keadaan itu?  Tapi bila tiba peralihan lagu-lagu berentak rock pada lagu-lagu berentak rap, ManBai marah pula... Lantas disebut "makan belacan" dalam komen beliau dalam rancangan siaran langsung "Fenomena Seni", yang dihoskan oleh Rosyam Nor.

Apa kes ni..?  Lagu-lagu dari kumpulan Gersang ada juga yang "best", tetapi masih banyak lagi lagu-lagu dari kumpulan rock kapak, rock besi dan bermacam-macam jenis rock yang lebih sedap didengar jika nak dibandingkan dengan lagu-lagu dari kumpulan Gersang...  Belajarlah terima hakikat mengenai peralihan zaman. muzik rap memang bukan dari budaya Melayu, begitu juga muzik rock, yang pada zaman kemuncaknya, mempunyai imej yang kurang kemas seperti rambut panjang, pakaian ketat, koyak sana sini.  Itu budaya bangsa yang makan belacan kah?  Mungkin dengan "belacan" yang digunakan sebagai penguat hujah si ManBai itu, maka selepas ini sesuai juga beliau dipanggil "ManBai Belacan".

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan