Kenapa hanya agama Islam diburuk-burukkan?

Dalam surat khabar biasa yang diterbitkan pada 19 April 2010, dalam muka surat 18, ada artikel yang menyatakan bahawa Pop Benedict iaitu ketua agama kristian mengakui gereja dicemari dosa berikutan dengan perlakuan seks oleh para paderinya.

Masalah moral seks oleh paderi-paderi ini bukan perkara baru, malah sebenarnya ia telah lama menular tetapi disembunyikan oleh pihak mereka.  Sebaliknya diperbesar-besarkan cerita mengenai keburukkan Islam dan penganut ajaran Islam sahaja.

Semua bangsa tanpa mengira agama yang dianuti turut membuat kesalahan mahupun dosa, tetapi atas sebab kepentingan pihak tertentu, digembar-gemburkan permasalahan dalam Islam bagi menggambarkan keruntuhan moral di kalangan umat Islam sedangkan bangsa di sebelah barat bumi ini telah lama melakukan kerosakkan dan moral mereka telah lama hancur sebelum mereka merangka strategi bagi melemahkan negara-negara Islam, terutamanya yang tidak melaksanakan undang-undang Islam terlebih dahulu sebagai proksi mereka dalam menyebarkan kerosakkan moral yang telah lama mereka amalkan.

Telah ada contoh seperti golongan artis yang tidak kisah berpakaian dan bergaya mendedah aurat kerana bagi mereka itu perkara biasa.  Ada juga yang menganggap minum arak, makan rasuah dan "bela" perempuan adalah perkara biasa yang dibawa oleh arus pembangunan serta kemodenan.  Budaya memfitnah dan memburuk-burukkan orang lain pun telah menjadi amalan rakyat negara ini.  Ianya lebih dapat dilihat semasa berlangsungnya pilihanraya.  Media dikuasai oleh puak-puak buas yang telah mengikuti undang-undang yang dicedok dari pemerintah barat.

Sekadar menyatakan beberapa contoh gejala, kes mengandung tanpa nikah, buang bayi dan penderaan adalah bukti undang-undang yang diamalkan negara ketika ini sebenarnya sangat tidak sesuai untuk sebuah negara Islam. Ada menteri yang mengatakan perundangan Islam kejam, negara tidak bersedia melaksanakannya kerana mempunyai masyarakat majmuk.  Ini adalah alasan yang dangkal dan singkat pemikiran kerana mereka menggunakan kayu pengukur dari Barat. Jika kita sendiri sebagai penganut ajaran Islam tidak mengamalkan serta menerapkannya dalam sistem pemerintahan negara, maka Islam semakin ditindas oleh musuh-musuhnya dan dikuatiri akan hanya menjadi bahan sejarah dalam buku teks di sekolah-sekolah.

Ayuh bangkit sahabat-sahabat sekalian, bangkit membuang segala parasit dalam diri kita serta yang berada dalam negara ini.Celikkan minda dengan banyak mencari ilmu dan mengamalkan ilmu yang bermanfaat untuk agama, bangsa dan negara.  Kerajaan hari ini telah cuba membentuk satu kehidupan yang harmoni untuk rakyatnya.  Maka sokonglah segala usaha yang baik dengan sewajarnya, tanpa ada kepentingan peribadi dan politik.

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan