Kepimpinan baru Kelab Usahawan GIATMARA Melaka sesi 2010 - 2013

Assalamualaikum...

Pada hari Ahad lalu (14-02-2010), berlangsungnya Mesyuarat Agung Kelab Usahawan GIATMARA Melaka di Dewan GIATMARA Kota Melaka. 

Jemaah kepimpinan yang baru telah dipilih oleh ahli-ahli kelab yang hadir dan atas permintaan ahli-ahli kelab serta kuasa yang ada pada Pengerusi KUG Melaka yang baru iaitu En Mas Ramizu, saya telah diminta untuk menganggotai Ahli Jawatan Kuasa KUG Melaka bagi sesi tahun 2010 - 2013.

Secara peribadinya saya lebih suka berkhidmat di balik tabir, memandangkan saya tidak gemar untuk menonjolkan diri di khalayak ramai.  Cara saya ialah lebih kepada membantu secara senyap pada mana-mana pihak yang memerlukan bantuan dan perkhidmatan yang saya tawarkan.

Walauapapun, saya menerima perlantikkan ini dengan "berlapang dada" dan akan cuba memberi khidmat yang menyeluruh bagi memperkasakan Kelab Usahawan GIATMARA Melaka dalam usaha membentuk jemaah usahawan dari lepasan GIATMARA Melaka yang lebih dinamik serta bersatu-padu.

Saya turut mendoakan semoga jemaah kepimpinan KUG Melaka yang baru ini dapat memperbaiki ketirisan yang berlaku dalam sebarang aktiviti tahun sebelum ini dan dapat membuktikan bahawa GIATMARA mampu membekalkan usahawan yang berkualiti bagi menjadi pemangkin ekonomi Malaysia ke tahap global.

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan