Keputusan Suku Akhir Ke Dua - Piala Malaysia (24/09/2017)

Semua perlawanan dijadualkan berlangsung pada jam 9.00 malam

KEPUTUSAN PENUH :

*Dalam kurungan adalah keputusan pada Separuh Akhir Pertama

Johor DT 1 - 1 Melaka United 
( 4 - 1 )

Kedah 1 - 0 Selangor 
( 3 - 2 )

Perak 4 - 0 Pahang 
( 1 - 3 )

PKNP 1 - 4 Felda United
( 3 - 1 )


°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

Pasukan yang layak ke Separuh Akhir Piala Malaysia ialah :

- Johor DT
- Kedah
- Perak
- Felda United

Ucapan Tahniah kepada JDT di LED BOARD, Stadium King Power


Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) sekali lagi menerima pengiktirafan tertinggi apabila ucapan tahniah atas kejayaan menjuarai Liga Super buat kali keempat berturut-turut terpapar di 'LED Board' Stadium King Power pula. 

Perlawanan yang berlangsung pada awal pagi tadi membabitkan Leicester City dan Liverpool dalam perlawanan liga 'Premier League' ini sekaligus merupakan satu pengiktirafan dan memberi manfaat kepada segi komersil dan jenama JDT di mata dunia.




Nama JDT dipamerkan dalam game Chelsea : Pemasaran terbaik untuk JDT


Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim telah memenangan kejuaraan Liga Super Malaysia untuk empat tahun berturut-turut. Piala baru Liga Super Malaysia telah diserah kepada JDT serta ia diraikan selepas perlawanan menentang Kelantan yang menyaksikan JDT menumpaskan Kelantan  dengan jaringan 3 untuk JDT, 0 untuk Kelantan.  

Lebih membanggakan, buat pertama kalinya nama pasukan bola sepak dari Malaysia telah disiarkan di papan iklan elektronik dalam perlawanan luar negara iaitu perlawanan yang melibatkan Chelsea baru-baru ini, sebagai ucapan tahniah untuk JDT atas kejayaan yang mereka miliki.

Ia juga turut memaparkan  sebaris ayat iaitu "Visit Johor Malaysia"


Video ringkas :

video

Keputusan Liga Super Malaysia - 20 September 2017


Keputusan Penuh

Johor DT 3 - 0 Kelantan

Kedah 1 - 3 Felda United

Melaka United 3 - 1 Perak

Pahang 3 - 0 Sarawak FA

Penang 0 - 2 T-Team

Selangor 1 - 2 PKNS FC


JDT secara rasminya telah menerima Piala Liga Super Malaysia musim 2017 selepas perlawanan menentang Kelantan dan menjadi juara liga empat kali berturut-turut.

Tampin dilanda banjir


Hujan lebat berterusan lebih dua jam pada petang hari Isnin (18/09/2017) menyebabkan beberapa kawasan di Pekan Tampin serta penempatan berdekatan dilanda banjir kilat.

Malah, lebih 17 rumah terjejas banjir kilat antaranya 15 di Kampung Dusun, dua di Kampung Keru dan dipercayai beberapa buah rumah di Tampin Tengah, Kampung Pondoi serta Desa Permai Repah juga turut terlibat dalam bencana berkenaan.

Pegawai Daerah Tampin, Mohamed Roduan Ujang berkata, kesemua agensi penyelamat dan berkaitan kini sedang memantau keadaan banjir kilat bagi keselamatan penduduk di kawasan banjir.

“Buat masa ini kita masih belum dapat mengenal pasti jumlah sebenar kediaman yang terjejas. Bagaimanapun, punca banjir kilat kali ini dipercayai susulan hujan lebat luar biasa yang melanda daerah ini dan kawasan berdekatan,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

*Sehingga ke saat artikel ini ditaip dan diterbitkan, hujan masih turun renyai-renyai. (11:40 malam)

Gambar semasa banjir sedang berlaku di beberapa kawasan di Tampin, Negeri Sembilan :



  









Promosi

Babab.net